salam, sukar utk smua org percaya. tp ini y trjadi.... ibu saya seorang pembohong! sepanjang ingtan saya, sudah 8x ibu membohongi saya. d sni saya tuliskan semua pembohongan ibu saya, buat tatapan semua...
saya seorang anak perempuan... ayah telah tiada. adik beradik saya rmai. setelah ayah pergi, ibu ambil alih tugas ayah, seorang ibu y suka berbohong... merangkap ayah kepada kami adik beradik. saya paling kuat mkn dlm kluarga, jadi kami sering kelaparan. pernah seekor ikan masin dikongsi bersama selam 4 hari... sedih bukan???
ini adalah mukadimah.. saya belum catatkan lagi kes2 pembohongan besar ibu saya. mari kita bersama menghayati dan merenungnya....
KES 1: akibat kuat bermain, saya sering kelaparan. sering shj saya merungut mengemis makanan dr ibu... walaupun ibu pembohong tapi pndai memujuk. apabila makan, ibu sering memberikan bahagian makanannya kpd saya..... smbil memindahkan nasi ke dlm pinggan plastik biru saya ibu brkata "MAKANLAH NAK, IBU TAK LAPAR"
KES 2: ibu bkerja menggantikan tempat ayah setelah... pemergian ayah ke alam sana. mmbanting tulang empat keratnya y semakin lemah. ibu mgmbil upah bkerja d kebun, mmbuat penyapu lidi, dan menjual sedikit kuih muih agar kami tak kelaparan. apalah sgt kudrat ibu jika dbandingkan dgn keikhlasannya kpd kami. jiran juga sudah bising mahu mncari pengganti ayah. ibu sgt keras hati... xmahu bkahwin lagi. ibu brkata "SAYA TAK PERLUKAN CINTA, SAYA TAK PERLUKAN LELAKI"
KES 3: apabila waktu petang, ibu akan memancing ikan di tali air di tepi rumah... ikan ini menjadi sumber protien kami smua. memang kami susah, tapi mata kail ibu sekalipun tidak pernah menghampakan kami... sudah rezeki juadah utama... gulai ikan y mengundang selera keluarga susah kami. semasa kami adik beradik menjamah nasi, ibu akan duduk di tepi kami dan dan memakan sisa isi ikan y masih melekat di tulang2 ikan y tlh saya makan... anda sedih? saya sgt sedih.. hati saya sayu, lalu saya menyudu ikan untuk ibu y paling saya syg... pantas ibu menolaknya, ibu brkata "MAKANLAH NAK, IBU XSUKA MAKAN IKAN NI"
KES 4: awal usia remaja saya memasuki sekolah menengah, ibu pergi ke kedai menjual penyapu lidi dan kuih muih untuk membayar yuran skolah saya, 2 org kakak dan abg saya. 1:30 pagi saya tersedar dari tidur. saya lihat ibu sedang membuat kuih. ibu ditemani sbuah pelita buruk peninggalan kekasihnya. dari celah pintu bilik y berlubang... bberapa kali saya lihat ibu tersengguk-sengguk bkerja. lalu saya pergi kepadanya dan berkata; "ibu, pergilah tdo.. pagi nnti ibu mahu pergi kebun lagi" masih mmpu ibu tersenyum dan membalas "TDOLAH SYG, IBU XMENGANTOK LAGI"
KES 5" tiba musim peperiksaan, ibu sering melakukan solat hajat untuk saya dan membaca Yaasin. pd hari peperiksaan pula ibu mengambil cuti semata2 mahu menemani saya menduduki peperiksaan penting. walaupun hari panas terik, ibu sabar menanti saya di luar dewan peperiksaan, sesekali saya lihat ibu mengelap peluh cekal y mengalir. ibu x henti2 melemparkan senyuman dgn menunjukkan isyarat jari setiap kali saya memandangnya... setiap kali juga saya lihat mulut ibu terkumat kamit membaca sesuatu, berdoa kpd Ilahi agar saya berjaya dgn cemerlang... saya tau itu doa ibu saya, sbb saya anaknya, selesai peperiksaan, ibu menyambut saya dengan kopi pekatnya, kami duduk d bawah pokok d tepi dewan. melihat ibu y disimbah peluh, saya memberikan kopi tadi kepada ibu... sekali lg ibu menolak dan berkata "MINUMLAH NAK, IBU XHAUS PUN"
KES 6: abang dan kakak telah tamat sekolah, mereka telah bkerja, ibu juga semakin tua.... mereka mminta ibu untuk rehat di rumah shj, setiap bulan mereka mengirimkan wang kepada ibu... ibu brkeras xmahu terima wang, dan mengirim balik wang itu, ibu sanggup menjual sedikit sayur di pasar bagi memenuhi keperluan hidup. ibu brkata "JGN SUSAH2, IBU ADA DUIT LAGI"
KES 7: setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana pula... tamat belajar, saya mendapat kerja y baik. alhamdulillah. gaji juga lumayan, kemudian saya ditukarkan ke negara bukan kewarganegaraan saya pula, byk laut y saya redah, jauh dr ibu y tercinta.. sering saya telefon dan mengirim wang kpd ibu. saya brhajat membawa ibu tggal bsama saya... harapan agar hujung masanya penuh dgn warna. saya xmahu ibu susah lagi. sbb ibu tllu derita dan susah mmbesarkan kami, saya mahu masa terakhir ibu penuh kesenangan dan kegembiraan. dgn baik ibu menolak pelawaan saya dan brkata, "XPAYAHLAH, IBU XBIASA TGGAL DI TMPT ORG"
KES 8: bberapa tahun saya di perantauan, ibu smkin tua... suatu mlm saya menerima berita ibu sedang sakit... perlu dibedah dgn segera. saya terus terbang ke tanah air btemu ibu tsayang, sedih saya lihat kdaan ibu d katil hospital, lemah, derita, dgn pelbagai wayar di badannya... seluruh keluarga juga di sana... saya menatap wajah insan mulia ini penuh kerinduan... masih sempat ibu tersenyum walapun tpksa menahan perit, saya memandang ibu dgn linangan air mata, saya cium tgn ibu, saya cium dahi ibu, saya cium pipi ibu, saya x sedar saya menangis spt zaman saya kanak2... ibu brkata "JGN MENAGIS NAK, IBU XSAKIT"
inilah pembohongan ibu y terakhir... kemudian ibu tidur selamanya,
SELAMAT HARI IBU!
SELAMAT HARI GURU!
krn ibu saya adalah guru saya y teratas!
no 1 dlm hati...
mari kita peluk cium ibu kita y masih mmpu mmbuka mata, klo ada selisih faham, telefon lah ibu anda, ckp kn pd ibu
"IBU, DEKDAH SAYANG IBU"
jgn smpai kita dburu rsa bsalah jika xmmpu mngucapkan kata2 ni padanya. cepat!!! apa nk malu, klo dgn kekasih kemain, ni dgn darah daging buat pe nk malu? kn?
SELAMAT HARI IBU!!! TAPI JGN LUPA, AYAH JUGA INSAN MULIA, TIADA MEREKA, TIDAK KITA MELIHAT DUNIA,
AL-FATIHAH utk smua ibu2, ayah2 y telah pergi... tmpt mereka syurga abadi. INSYAALLAH AMIN
No comments:
Post a Comment